Apakah masalah pendengaran?

Masalah pendengaran adalah ketidakupayaan secara separa atau sepenuhnya untuk mendengar bunyi dan maklumat terutamanya melibatkan bunyi berfrekuensi tinggi. Masalah ini boleh terjadi pada salah satu telinga atau kedua-duanya. Masalah pendengaran boleh dikategorikan berdasarkan: jenis, tahap dan konfigurasi ambang pendengaran.


Apakah punca utama masalah pendengaran?

Masalah pendengaran berpunca daripada kerosakan pada saraf deria dan saraf pendengaran. Masalah pendengaran jenis ini dikenali sebagai hilang pendengaran sensorineural dan bersifat kekal.


Apakah tanda-tanda anda mengalami masalah pendengaran?

Terdapat beberapa tanda yang menunjukkan anda mengalamimasalah pendengaran, seperti:

  1. Sukar memahami pertuturan terutamanya daripada golongan wanita dan kanak-kanak
  2. Sukar membezakan perkataan yang hampir sama seperti susu dan kuku, suci dan cuci.
  3. Sukar mendengar dalam suasana bising seperti di majlis keraian

Golongan manakah yang berisiko mengalami masalah ini?

Faktor penuaan yang dialami golongan berumur 60 tahun ke atas cenderung menyumbang kepada masalah pendengaran tanpa mereka sedari.

Apakah faktor luaran lain yang menyumbang kepada masalah ini?

Selain faktor umur, terdapat juga beberapa faktor yang dikaitkan dengan masalah ini seperti:

  • Gaya Hidup
  • Pengambilan alkohol
  • Merokok


Masalah pendengaran tidak boleh dipulihkan, namun cabaran ini boleh dikurangkan dengan menjalani latihan rehabilitasi.

"Adakah saya mengalami masalah mendengar dan memahami pertuturan?"
Klik di sini untuk ANDA MENILAI DIRI SENDIRI

Dapatkan latihan pendengaran melalui ACOFiT® segera!

Program ini merupakan satu inovasi yang menawarkan perkhidmatan Latihan Rehabilitasi Auditori dan Kognitif secara dalam talian bagi meningkatkan fungsi auditori dan kognitif anda secara optima.



Ingin melanggan pakej ACOFiT®? Klik butang di bawah. DAFTAR SEKARANG!
Promosi terhad kepada 100 pengguna terawal*
Poster