1. Adakah anda menghadapi masalah untuk memahami suara wanita tertentu atau kanak-kanak semasa mereka bercakap?
Ya Tidak
2. Adakah anda sering meminta orang lain untuk mengulangi percakapan mereka ?
3. Adakah anda menghadapi kesukaran untuk mengikuti perbualan di dalam bilik atau restoran yang sesak?
4. Adakah anda sentiasa mengulangi persoalan "apa" semasa seseorang bercakap dengan anda?
5. Adakah anda sukar mengikuti perbualan sekiranya seseorang individu bertutur dari tempat duduk hadapan dan belakang sebuah kenderaan?
6. Adakah anda mendengar dengan lebih baik semasa penutur menghadap anda?
7. Adakah anda lebih selesa dan mendengar dengan lebih baik sekiranya anda duduk di hadapan ketika bermesyuarat, menyertai aktiviti keagamaan mahupun majlis keraian?
8. Adakah anda mengalami kesukaran untuk memahami ucapan yang lembut atau berbisik?
9. Adakah rakan atau orang tersayang pernah menyatakan mengenai ketidakupayaan anda untuk mendengar dengan jelas?
10. Adakah anda cenderung untuk menarik diri dari menyertai sebarang majlis keraian?